Friday, May 20, 2011

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

Satu hari saya berpeluang melawat ke sekolah Prestasi Tinggi di Kelantan. Sekolah tu memang bagus. Ya ... lah .... bukan senang nak dilabelkan sebagai sekolah prestasi tinggi. Bila sampai kat depan pintu pagar sekolah pun, dah nampak keserlahannya. Apatah lagi bila masuk ke dalam. Banyakla yang boleh dipelajari. Pastinya warga sekolah mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas mereka sebagai pendidik. Yang pentingnya nak ujudkan budaya cemerlang tu. Ini lah yang patut dicontohi oleh guru-guru di seluruh Malaysia. Tapi saya lebih kagum dengan SK Ulu Lubai, Limbang , Sarawak. Walau bagaimanapun terima kasih kepada SK Zainab 2 kerana menerima lawatan kami.


































Sekolah Berprestasi
Tinggi

Ketika ini terdapat 20 buah sekolah berprestasi tinggi di seluruh negara. Sasaran Kementerian Pelajaran ialah 100 sekolah berprestasi tinggi pada 2012. SBT diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada 23 Julai 2009. SBTt ditakrif sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri, unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Dan berikut 20 sekolah berpestasi tinggi untuk tahun 2010. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang cemerlang dan menjadi pilihan semua.


SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI 2010


SEKOLAH TUN FATIMAH, JOHOR

SK BANDAR BARU UDA 2, JOHOR

SM SULTAN ABDUL HALIM, KEDAH

SM SULTANAH ASMA, KEDAH

SK ZAINAB 2, KELANTAN

SM MUZAFFAR SYAH, MELAKA

KOLEJ TUNKU KURSIAH, NEGERI SEMBILAN

SEKOLAH DATUK ABDUL RAZAK, NEGERI SEMBILAN

KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR, PERAK
SK CONVENT KOTA, PERAK

SMS TUANKU SYED PUTRA, PERLIS

SMK (P) ST GEORGE, PULAU PINANG

SEKOLAH SERI PUTERI, SELANGOR

KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH, SELANGOR

SMK (P) SRI AMAN, SELANGOR

SMK AMINUDDIN BAKI, WP

SK SERI BINTANG UTAR, WP

SK TAMAN TUN DR ISMAIL 1, WP

SK BUKIT DAMANSARA, WP
SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH, PUTRAJAYA

SBT sentiasa berjaya melahirkan modal insan yang holistik serta mampu bersaing di persada antarabangsa. Sekolah yang tersenarai akan diberi automoni tambahan untuk mewujudkan inovasi dalam pentadbiran sekolah dan meningkatkan keberhasilan murid.
23 Buah Sekolah Diiktiraf Sekolah Berprestasi Tinggi Sekolah di pedalaman bukti kemampuan capai taraf sekolah berprestasi tinggi. Yang dimaksudkan ialah Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai, 55km dari Limbang. Pencapaian luar biasa S.K Ulu Lubai itu antara 23 sekolah dinobat SBT yang diumum Timbalan Perdana Menteri. Siapa sangka, sekolah yang serba sederhana dan jauh terpencil ini, mampu mengukir kejayaan luar biasa. Sejak 2006 pencapaiannya cemerlang dengan memperoleh kelulusan 100 peratus dalam UPSR.

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI 2011


Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu;

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor;

Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak;
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor;

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah;

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang;
Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur;

Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan;

Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak;

Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur;

Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur;
Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang

Sekolah Menengah Sains Muar, Johor;

Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai, Sarawak
SK Convent Muar, Johor

SK Seri Biram, Pahang
SK Sultan Ahmad Tajudin , Kedah

SK Setiawangsa, Kuala Lumpur

SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang

SK Sultan Ismail, Terengganu

SK Jalan Tiga, Selangor

SJKC Perempuan Cina Pulau Pinang

SJKC Lick Hung, Selangor

Sebagai ganjaran, semua sekolah itu antara lain menerima wang tunai 700 ribu ringgit untuk menjalankan aktiviti sekolah. Setiap tenaga kerja pula diberi wang tunai antara 700 hingga satu ribu ringgit. Tahun lalu 20 sekolah dipilih sebagai SBT dan Kementerian Pelajaran mensasarkan untuk mengiktiraf 100 sekolah menjelang 2012.