Thursday, May 14, 2009

Apa yang membuat guru hebat

•Minat dan menghargai pelajar
•Melayani pelajar sebagai seorang insan
•Mesra dan pengasih dan bertanggungjawab
•Memiliki nilai harga diri yang tinggi
•Matang , adil dan mudah menyesuaikan diri dengan keadaan
•Bijak mengurus
•Memiliki sense of humor dan disenangi
•Sanggup menanggung risiko
•Bijak mengawal kelas
•Tegas tetapi penyayang terhadap pelajar
•Boleh menimbulkan suasana pembelajaran yang berkesan
•Mempunyai hubungan yang baik dengan ibubapa dan komuniti
•Menyediakan pelajar kearah menjalani kehidupan yang baikMenjadi rule model kepada pelajar

Terhadap Murid: Guru ini menunjukkan
· punyai empati dan komitmen dalam menghargai maruah orang lain (iaitu anak didik, ibu bapa dan rakan sejawat) dalam mengejar hasil dari segi afektif dan juga kognitif
· hubungkan 'mata plajaran' dengan kehidupan murid-murid
· kenal, hormati dan percayai murid-murid
· mengajar murid-murid bagaimana hendak belajar, menganalisa dan berfikir secara kritis
· menjana idea-idea baru dan menarik bagi murid-murid berfikir mengenainya
· menggalakkan murid-murid bertanyakan soalan mengenai pelajaran
· hadir dalam lain-lain aktiviti di mana murid-murid terlibat seperti sukan, persembahan muzikal dn kebudayaan.

Terhadap Mengajar: Guru Yang Perkasa
· melakukan refleksi dan kritik-kendiri, mercu tanda profesionalisme seorang guru
· berfikir secara sistematik mengenai amalannya dan belajar daripada pengalaman
· adil dalam menilai dan menggred
· fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran
· bersemangat dalam mengajar , murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran
· seorang komunikator yang cemerlang; mampu menjadikan idea-idea yang kompleks mudah difahami dengan itu murid-murid dapat memahami dan menghargainya
· sering mengukur kemajuan dan memberikan maklumbalas kepada murid-murid
· merancang pengajaran terlebih dahulu, beri masa yang cukup bagi setiap tajuk, dan menyepadukan mata pelajaran
· secara berterusan mengukur pendekatan, syarahan dan ujian-ujian bagi memastikan kurikulum yang sentiasa 'baru dan segar' serta relevan
· menyertai jawatankuasa-jawatankuasa bagi menambahbaik sekolah, jabatan atau dirinya sendiri.

Terhadap Disiplin: Guru Yang Perkasa
· seorang yang pakar dalam bidang yang dia ajar
· seorang yang 'dahagakan' ilmu; sentiasa up to date dalam bidangnya dengan membaca; menghadiri konferens, konvensyen, bengkel dan seminar; dan mengikuti kursus-kursus dalam perkhidmatan
· juga seorang yang suka 'belajar' perkara-perkara di luar bidangnya
· aktif dalam penubuhan profesional dan menggalakkan rakan sejawat menyertainya
· menjadi ahli kepada komuniti yang belajar
· bina dan mengekalkan perhubungan profesional
· bekerja dalam organisasi sekolah yang luas

Seorang Guru Yang Perkasa itu sentiasa menunjukkan menunjukkan contoh dan teladan yang utuh di dalam atau di luar bilik darjah dan mengajar
kebertanggungjawaban murid-murid serta standard yang tinggi. Peribadi guru yang perkasa lagi berkesan berfikiran terbuka, berlapang dada, merendah diri dan bersikap
optimistik.

Guru Sebenar Guru

Mencapai hasrat menjadi guru yang perkasa; guru sebenar guru -- ke sekolah tidak jemu mengajar tidak lesu! Kuasa berpusatkan prinsip adalah berasaskan apa yang anda boleh buat dengan orang-orang lain. Kuasa berpusatkan prinsip juga ertinya berasaskan 'hormat': individu yang dihormati akan dipercayai, disegani dan menjadi inspirasi kepada orang-orang lain, dan oleh itu kepemimpinannya diterima sepenuh hati. Oleh itu guru-guru yang perkasa berpusatkan prinsip ini akan menjurus kepada kawalan-kendiri, tingkah-laku beretika dan kehidupan yang proaktif (Blaine Lee, 1997).
Lee, Blaine (1997). The Power Principle: Influence With Honor. Simon & Schuster, New York, USA.

Apa itu guru?



Sambutan Hari Guru pada 16 Mei bakal menjelang beberapa hari lagi. Sesungguhnya, hari istimewa tersebut disambut semata-mata bertujuan menghargai jasa guru-guru yang mengerah tenaga, keringat dan titik peluh mereka selama bertahun-tahun lamanya untuk menjadikan anak-anak bangsa sebagai perintis negara yang gemilang. Mahupun begitu, sebahagian besar anak-anak muda masih belum mengerti apakah fungsi guru sebenarnya. Bagi mereka, guru yang kebiasaannya dilihat sebagai insan yang mengarah mereka, memberi kerja rumah, ataupun hanya melakarkan sesuatu pada papan hitam. Sedangkan tidakkah mereka tahu, tugas guru lebih daripada itu, bukan setakat mengajar sahaja.
Sebenarnya, guru tepat sekali diibaratkan sebagai ibu bapa kedua kepada kita. Mereka mendidik kita sebagaimana apa yang ibu kita lakukan. Mengajar sesuatu yang baru, mengenal huruf, mengajar mengeja, membaca, mengira dan sebagainya.. Contohnya, dalam pendidikan jasmani dan kesihatan, guru mengajar kita menjaga kesihatan. Di sini jugalah anak-anak murid menemui bakat mereka, menemui kesihatan dan minat mereka. Tidakkah mereka sedar, guru lah memberi inspirasi pada mereka sebenarnya.

Guru juga memberi sokongan pada anak murid. Fungsi kaunselor, jelas menunjukkan pihak sekolah begitu ambil berat akan emosi pelajar. Justeru, di sini membuktikan bahawa guru juga membantu dalam membentuk akhlak pelajar. Bukan itu sahaja, malah masa tadika juga, guru membimbing anak-anak kecil bersembahyang, mengambil wuduk serta cara menghormti orang tua. Jika bukan disebabkan jasa guru, apakah kita akan menjadi apa yang kita kecapi pada masa ini.
Sudah pasti, zaman sekarang, kebanyakan anak murid mula melupai jasa guru mereka. Kadang-kadang, pabila mereka berjumpa ataupun bertembung di sesuatu tempat, bukan sahaja tidak memberi salam, malah pandang pun tidak. Tidak sedarkah kita, bahawa orang yang berdiri di hadapan kita itulah punca kita mampu membeli sesuap nasi? Tambahan lagi, anak-anak yang masih kecil juga sudah mula tunjuk belang. Sebahagian daripada mereka enggan ke sekolah kononnya disebabkan guru yang terlalu garang. Bagaimana anak-anak akan dididik untuk menjadi pemimpin, jika cabaran kecil seumpama itu tidak mampu mereka tangani sejak kecil lagi?

Oleh itu, di mana kita berada, walau apa pun kita sekarang, hargailah guru kita, dan jangan sesekali lupa akan hari yang istimewa ini. Sepatah perkataan "Selamat Hari Guru, Cikgu"sudah cukup untuk membuatkan guru-guru anda mengukirkan senyuman kerana mereka tahu, anda menghargai jasa mereka..


Coretan Amirah Shaidi, terima kasih abah kerana menjadi cikgu adik..

Wednesday, April 29, 2009

PENDIDIKAN LUAR


PENDIDIKAN LUAR

Pendidikan luar yang dikemukakan oleh MCRAE (1990) menyatakan pendidikan luar adalah pembelajaran berlaku di luar bilik darjah keadaan ini berlainan daripada bentuk tradisi. Pendidikan luar menggunakan alam sekitar sebagai laluan atau tujuan mendidik. Pendidikan luar perlu dirancang dengan teliti dan antara aspek kurikulum pendidikan luar ialah:

Aspek kemahiran psikomotor : Aspek motor memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakkan yang mampu dipamerkan. Motor ini juga melibatkan beberapa prinsip asas seperti kekuatan, kelenturan, daya tahan kardiovaskular dan otot, ketangkasan, kepantasan dan kelajuan.

Aspek afektif : Perkembangan individu melibatkan sikap,emosi, asperasi dan nilai serta pembentukan sahsiah. Kemahiran bersosial pula melibatkan interaksi dan corak komunikasi dengan orang lain. Emosi adalah suatu elemen yang penting di dalam perkembangan individu melalui penglibatan di dalam pendidikan luar

Aspek kognitif : Pembangunan kognitif melibatkan pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berfikir serta menginterpretasi. Dengan kata lain pembangunan kognatif melibatkan perangsang pemikiran yang terdiri daripada element penyelidikan, kreativiti, perkaitan, kebolehan, pengamatan dan pengukuhan.

Saturday, April 18, 2009

ILMU YANG DIPANDANG MUDAH

Assalamualaikum untuk para pendidik,

Ramai orang memandang remeh kepada aspek ilmu dalam kehidupan harian kita. Saya sangat tertarik dengan video di atas dimana kehidupan kita boleh menjadi mudah, menarik dan bermakna dengan ilmu dan kaedah yang kreatif yang difikirkan oleh orang-orang yang kreatif seperti orang Jepun di atas. Banyak lagi kaedah lain untuk memudahkan kehidupan harian kita boleh difikirkan dan dikongsi bersama. Sebagai ahli pendidik saya terpanggil untuk berkongsi pengetahuan dengan siapa saja yang berilmu dan berminat untuk berkongsi. Selamat Datang dan terima kasih kerana melayari blog saya.