Tuesday, February 24, 2015

DISIPLIN



 Definisi Disiplin

“ ……. Kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang, samada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain, kesanggupan hormat menghormati diantara satu dengan lain, dan mempunyai semangat tolong menolong dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada dan menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat “:

( Laporan JK Kabinet 1979 )

Matlamat Lembaga Pengawas

Masalah disiplin ialah satu isu pendidikan . Pemupukan disiplin perlu diamalkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran . Justeru itu proses disiplin perlu dihayati dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang dijalankan di sekolah. Matlamat disiplin di sekolah bertujuan membina pelajar sewaktu bersekolah untuk kehidupan selepas persekolahan.

Seseorang pelajar dikehendaki berdisiplin, iaitu berkelakuan sebagaimana yang diharapkan oleh masyarakat. Tingkahlaku seperti bertata tertib, berakhlak tinggi, bersopan santun, berinisiatif, menghormati orang lain serta bersedia bekerjasama dan bantu membantu adalah amalan yang sangat-sangat digalakkan. Melalui disiplin kendiri. Disiplin kendiri bermaksud seseorang itu akan dapat  mengawal dan mengarahkan tingkahlaku dirinya sendiri. Disiplin sedemikian boleh membentuk individu-individu yang mempunyai nilai-nilai kesopanan dan kesusilaan seperti termaktub di dalam Rukunegara yang ke lima. Bagi mencapai cita-cita unggul di atas, pelajar-pelajar dikehendaki memikul tanggungjawab seperti berikut :-

1.      Kewajipan beragama
2.      Tanggungjawab kepada diri sendiri.
3.      Tanggungjawab kepada keluarga
4.      Tanggungjawab kepada sekolah
5.      Tanggungjawab kepada guru
6.      Tanggungjawab kepada pelajaran
7.      Tanggungjawab kepada rakan-rakan
8.      Tanggungjawab kepada masyarakat dan Negara
9.      Tanggungjawab kepada kegiatan sekolah

Menyedari bahawa Falsafah Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan , maka penubuhan Lembaga Pengawas SK Bukit Perah menjurus kepada usaha melahirkan pelajar-pelajar yang berdisiplin dan memastikan lembaga ini beroperasi dengan lancar dan berkesan.
Objektif

  • Memastikan undang-undang dan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi.
  • Memastikan tindakan yang sesuai diambil terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan-peraturan tatatertib dan salahlaku.
  • Memastikan penyelarasan dan penyediaan rekod pengurusan disiplin murid disediakan dengan kemaskini.
  • Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai yang murni dilaksanakan di sekolah.