Definisi Disiplin
“ ……. Kesanggupan
seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang, samada disiplin itu
dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri dengan cukup tertib,
kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkah laku
yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain, kesanggupan hormat
menghormati diantara satu dengan lain, dan mempunyai semangat tolong menolong
dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada dan menerusi usaha yang membina
serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat “:
( Laporan JK Kabinet 1979 )
Matlamat Lembaga Pengawas
Masalah disiplin ialah satu isu pendidikan . Pemupukan disiplin perlu diamalkan melalui proses
pengajaran dan pembelajaran . Justeru itu proses disiplin
perlu dihayati dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang dijalankan di
sekolah. Matlamat disiplin di sekolah
bertujuan membina pelajar sewaktu bersekolah untuk kehidupan selepas
persekolahan.
Seseorang pelajar dikehendaki
berdisiplin, iaitu berkelakuan sebagaimana yang diharapkan oleh masyarakat.
Tingkahlaku seperti bertata tertib, berakhlak tinggi, bersopan santun,
berinisiatif, menghormati orang lain serta bersedia bekerjasama dan bantu
membantu adalah amalan yang sangat-sangat digalakkan. Melalui disiplin kendiri.
Disiplin kendiri bermaksud seseorang itu akan dapat mengawal dan mengarahkan tingkahlaku dirinya
sendiri. Disiplin sedemikian boleh membentuk individu-individu yang mempunyai
nilai-nilai kesopanan dan kesusilaan seperti termaktub di dalam Rukunegara yang
ke lima. Bagi
mencapai cita-cita unggul di atas, pelajar-pelajar dikehendaki memikul
tanggungjawab seperti berikut :-
1. Kewajipan
beragama
2. Tanggungjawab
kepada diri sendiri.
3. Tanggungjawab
kepada keluarga
4. Tanggungjawab
kepada sekolah
5. Tanggungjawab
kepada guru
6. Tanggungjawab
kepada pelajaran
7. Tanggungjawab
kepada rakan-rakan
8. Tanggungjawab
kepada masyarakat dan Negara
9. Tanggungjawab
kepada kegiatan sekolah
Menyedari bahawa Falsafah Pendidikan
di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang
dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan kepada tuhan , maka penubuhan Lembaga Pengawas SK Bukit Perah
menjurus kepada usaha melahirkan pelajar-pelajar yang berdisiplin dan
memastikan lembaga ini beroperasi dengan lancar dan berkesan.
Objektif
- Memastikan undang-undang dan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi.
- Memastikan tindakan yang sesuai diambil terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan-peraturan tatatertib dan salahlaku.
- Memastikan penyelarasan dan penyediaan rekod pengurusan disiplin murid disediakan dengan kemaskini.
- Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai yang murni dilaksanakan di sekolah.
No comments:
Post a Comment