Tuesday, June 29, 2010

Lawatan ke Australia


Alhamdulillah.....

Aku tetap bersyukur dengan anugerah tuhan. Aku tak terbayangkan dapat peluang melawat ke Australia bersama 47 orang Guru Besar sekolah-sekolah cemerlang seluruh Terengganu.

Aku salah seorang daripada mereka yang bertuah itu. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu yang bermurahati menaja kami. Yang pastinya negeri-negeri lain di Malaysia ni tak ada program seperti ini.

Peluang seperti ini mungkin hanya datang sekali sahaja sepanjang perkhidmatan sebagai guru. Justeru itu ianya tidak wajar diketepikan begitu saja. Lagi pula lawatan ini bukan hanya sekadar melancong, malah berkesempatan juga melihat sistem pendidikan di Australia. Sudah tentu sistemnya berbeza berbanding dengan negara kita Malaysia. Jauh berjalan luas pandangan.

No comments:

Post a Comment