Saturday, April 13, 2013



Falsafah Pendidikan Guru. (FPG)

Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN), Falsafah Pendidikan Guru yangdinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada matlamatdan pendidikan guru:
“guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi Negaraserta menyanjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan Negara, menjamin perkembanganindividu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.”

Matlamat Pendidikan Guru

Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Guru yang tersebut di atas, maka matlamat pendidikanguru ialah menghasilkan guru yang berkualiti dari segi peribadi, professional, sosial dan amalan tingkah laku; menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan, serta berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengisian tuntutan Wawasan Pendidikan dalam abad ke-21.

Model Konseptual Pendidikan Guru

Model Konseptual Pendidikan Guru adalah dirangka berlandaskan kepada dasar Falsafah Pendidikan Guru dan Matlamat Pendidikan. Model ini merangkumi akauntabiliti guru di bawah tiga dimensi utama, iaitu:

1. Ketuhanan : peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu berterasakankepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama.
2.  Kemasyarakatan : penekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimipin dan agen perubahan.
3. Kendiri : penekanan pembinaan daya kefahaman dan patriotism, pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan berpekerti mulia.

Di bawah tiga dimensi utama tersebut, Model Konseptual Pendidikan Guru ini merangkumi tiga aspek asas, iaitu :

1. Pengetahuan yang berkaitan dengan perkembangan dan kepentingan pendidikan dalamkehidupan.
2. Kemahiran ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan-bahan pelajaran dengan tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
3. Nilai yang merujuk kepada amalan nilai-nilai murni, perlakuan guru yang penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotik, inovatif, kreatif dan patuh kepada etika profesion keguruan.

Ketiga-tiga aspek ini disepadukan dan merentas semua disiplin dan program perguruan yang dirancangkan.

Disamping itu Model Konseptual Pendidikan Guru juga menekankan matlamat mengembangkan potensi guru secara seimbang dan bersepadu dari segi rohani, emosi, intelek dan jasmani. Unsur-unsur akauntabiliti guru, aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai serta potensi guru adalah digambarkan seperti di bawah:




Peranan Guru sebagai Pendidik

1. Guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajran,  khasnya mata pelajaran KBSR, serta pengetahuan ikhtisas keguruan.
2. Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru, khasnya mengembangkan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
3. Menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri dan pelajar selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Guru.

4. Menyempurnakan tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai insan guru yang sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan danmasa depan.
5. Menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai keguruan untuk merangsang perkembangan pelajar.

No comments:

Post a Comment