Wednesday, April 29, 2009

PENDIDIKAN LUAR


PENDIDIKAN LUAR

Pendidikan luar yang dikemukakan oleh MCRAE (1990) menyatakan pendidikan luar adalah pembelajaran berlaku di luar bilik darjah keadaan ini berlainan daripada bentuk tradisi. Pendidikan luar menggunakan alam sekitar sebagai laluan atau tujuan mendidik. Pendidikan luar perlu dirancang dengan teliti dan antara aspek kurikulum pendidikan luar ialah:

Aspek kemahiran psikomotor : Aspek motor memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakkan yang mampu dipamerkan. Motor ini juga melibatkan beberapa prinsip asas seperti kekuatan, kelenturan, daya tahan kardiovaskular dan otot, ketangkasan, kepantasan dan kelajuan.

Aspek afektif : Perkembangan individu melibatkan sikap,emosi, asperasi dan nilai serta pembentukan sahsiah. Kemahiran bersosial pula melibatkan interaksi dan corak komunikasi dengan orang lain. Emosi adalah suatu elemen yang penting di dalam perkembangan individu melalui penglibatan di dalam pendidikan luar

Aspek kognitif : Pembangunan kognitif melibatkan pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berfikir serta menginterpretasi. Dengan kata lain pembangunan kognatif melibatkan perangsang pemikiran yang terdiri daripada element penyelidikan, kreativiti, perkaitan, kebolehan, pengamatan dan pengukuhan.

Saturday, April 18, 2009

ILMU YANG DIPANDANG MUDAH

Assalamualaikum untuk para pendidik,

Ramai orang memandang remeh kepada aspek ilmu dalam kehidupan harian kita. Saya sangat tertarik dengan video di atas dimana kehidupan kita boleh menjadi mudah, menarik dan bermakna dengan ilmu dan kaedah yang kreatif yang difikirkan oleh orang-orang yang kreatif seperti orang Jepun di atas. Banyak lagi kaedah lain untuk memudahkan kehidupan harian kita boleh difikirkan dan dikongsi bersama. Sebagai ahli pendidik saya terpanggil untuk berkongsi pengetahuan dengan siapa saja yang berilmu dan berminat untuk berkongsi. Selamat Datang dan terima kasih kerana melayari blog saya.